CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 12, 2009

Tokoh ENTP: Abraham Lincoln

Abraham Lincoln (12.02.1809-15.04.1865)


  • presiden USA yang ke-16 (1861-1865)
  • kewarganegaraan: Amerika
  • latar belakang keluarga: mempunyai seorang isteri dan empat orang anak lelaki
  • kerjaya politik:
  1. Memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1832 apabila beliau mencalonkan diri untuk perwakilan di Illinois, tetapi gagal dalam pilihan raya.
  2. Beliau berkhidmat sebagai kapten tentera semasa Perang Helang Hitam, iaitu perang menentang kaum pribumi Amerika.
  3. Apabila beliau berpindah ke Springfield, beliau mula bekerja sebagai peguam.
  4. Lincoln menjadi seorang peguam yang berjaya di Illinois.
  5. Pada tahun 1837, buat pertama kali beliau membantah perhambaan tetapi pada masa yang sama berkhidmat sebagai peguam untuk tuan yang mahukan hamba mereka yang lari dikembalikan di Illinois.
  6. Pada tahun 1846, beliau menyertai Parti Whig, dan dilantik sebagai ahli Kongres selama satu penggal. Ketika perhambaan menjadi isu pada tahun 1854, Lincoln membantu menubuhkan Parti Republikan dan menjadi ketuanya bagi negeri Illinois.
  • Sumbangan
Lincoln masyhur melalui peranannya dalam pemeliharaan Kesatuan (Union) dan menamatkan perhambaan di Amerika Syarikat dengan Perisytiharan Emansipasi dan Pindaan Ke-13 Perlembagaan Amerika Syarikat.

0 comments: