CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 4, 2009

ISFJ- Introverted Sensing Feeling Judging

Diam, baik hati dan berhati-hati. Boleh bergantung padanya untuk mengikutinya. Biasanya lebih mementingkan keperluan orang lain daripada keperluan diri. Stabil dan praktik, mereka mementingkan keselamatan dan adat. Mempunyai deria ruang dan fungsi yang baik. Pandai memerhati orang sekeliling. Persepsi yang luar biasa terhadap perasaan orang lain. Suka melayani orang lain.


Gambaran seseorang ISFJ : Pemelihara

Sebagai seorang ISFJ, cara hidup yang terutamanya adalah fokus kepada sifat dalaman dimana mereka menerima benda melalui lima deria dengan fesyen yang benar dan konkrit. Cara hidup mereka yang kedua pula fokus kepada sifat luaran dimana mereka menanggung perkara berdasarkan perasaan mereka dan sistem nilai diri sendiri.

ISFJ tinggal dalam dunia yang benar dan baik. Mereka mesra, baik dan sedia mempercayai kebaikan orang. Mereka mementingkan harmoni, kerjasama dan lebih sensitif terhadap perasaan orang lain. Bagi orang lain, mereka menghargai ISFJ atas pemikiran dan penyadaran mereka serta kebolehan mereka dalam menilai kebaikan orang lain.

ISFJ mempunyai dunia dalaman yang sangat kaya tapi biasanya tidak didapati oleh orang lain. Mereka selalu menyimpan maklumat terhadap orang dan situasi yang penting kepada mereka. Penyimpanan maklumat yang hebat ini biasanya sangat tepat disebabkan ISFJ mempunyai ingatan yang luar biasa terhadap benda yang penting kepada sistem nilai mereka.

ISFJ mempunyai idea yang sangat jelas tentang cara sesuatu hal yang perlu ada, dimana mereka berupaya untuk mencapainya. Mereka menghargai keamanan dan kebaikan serta mematuhi adat dan undang-undang. Mereka lebih mempercaya sistem yang telah wujud kerana sistem itu berfungsi. Maka, mereka kurang melakukan sesuatu dalam cara yang baru kecuali cara yang baru dapat menyakinkan mereka bahawa ianya lebih baik.

ISFJ mempelajari sesuatu dengan paling baik melalui kerja jika berbanding dengan membaca atau menggunakan teori. Ini menyebabkan mereka kurang didapati dalam bidang yang memerlukan banyak analisis tentang konsep atau teori. Mereka lebih menghargai applikasi teorikal.

ISFJ mempunyai deria ruang, fungsi dan ilmu keindahan yang sangat baik. Maka, mereka suka memperoleh alat rumah yang cantik. Mereka merupakan pakar pereka rumah dalaman. Keupayaan ini berserta dengan kepekaan mereka terhadap perasaan dan keinginan orang lain membolehkan mereka menjadi pemberi hadiah yang sangat baik.

ISFJ adalah sangat sedar tentang perasaan dalaman diri sendiri dan perasaan orang lain. Biasanya mereka tidak meluahkan perasaan diri. Selain itu, mereka juga merahsiakan perasaan orang lain sehingga mereka merasakan individu tersebut memang memerlukan bantuan.

ISFJ adalah seseorang yang sangat bertanggungjawab. Mereka mengambil berat tanggungjawab mereka. Maka, kebanyakan orang suka bergantung kepadanya. ISFJ jarang menolak permintaan orang lain dan ini secara langsungnya menyebabkan mereka memikul bebanan yang terlampau. Dalam kes-kes tersebut, mereka biasanya tidak meluahkan kesusahan mereka kepada orang lain kerana mereka tidak suka konflik dan mereka bercenderung meletakkan keperluan orang lain melebihi keperluan diri.

ISFJ memerlukan maklum balas yang positif daripada orang lain. Tanpa maklum balas yang positif ini, mereka akan berasa tawar hati atau muram.

ISFJ adalah mesra, murah hati dan dapat dipercayai.



Pekerjaan bagi jenis keperibadian ISFJ:

(a) Sifat-sifat ISFJ:


  1. Stor dalaman yang mengutip maklumat orang lain yang besar dan kaya.
  2. Pemerhatian dan kesedaran perasaan dan tindak balas orang lain yang tinggi.
  3. Ingatan tentang maklumat yang penting kepada mereka adalah sangat kuat.
  4. Deria ruang dan fungsi yang hebat.
  5. Boleh dipercayai.
  6. Boleh bekerja banyak.
  7. Stabil, praktikal dan tidak suka bekerja dengan teori dan fikiran abstrak.
  8. Tidak suka bekerja dengan perkara yang tidak bermakna bagi mereka.
  9. Menilai keselamatan, adat dan kehidupan aman.
  10. Fokus kepada keperluan orang lain.
  11. Baik dan bertimbang rasa.
  12. Suka meletak keperluan orang lain melebihi keperluan diri.
  13. Suka mencipta sturuktur dan pesanan.
  14. Memikul tanggungjawab dengan serius.
  15. Sangat tidak senang hati dengan konflik dan konfrontasi.


(b) Pekerjaan yang sesuai bagi ISFJ:

  • Penghiasan dalaman
  • Perekaan
  • Jururawat
  • Pentadbir dan pengurus
  • Pembantu pentadbiran
  • Penjaga kanak-kanak
  • Pekerja sosial/ kaunselor
  • Pendeta/ pekerja beragama
  • Pekedai
  • Pemegang buku kira-kira
  • Pakar ekonomi rumah


Hubungan ISFJ

ISFJ amat mengambil berat tentang perhubungan diri sendiri. Secara umumnya, mereka adalah orang yang sedia memberi dan penuh dengan kasih sayang. Di samping itu, mereka lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan diri. Mereka mengambil berat penglibatan mereka dan mengharapkan hubungan yang kekal.

(a) Kebaikan ISFJ

  • Mesra dan suka berkawan.
  • Orientasi berkhidmat, mahu menggembirakan orang lain.
  • Pendengar yang baik.
  • Sedia meletak usaha yang banyak dalam melaksanakan tugas dan kewajipan.
  • Keupayaan berorganisasi yang baik.
  • Pandai menjaga perkara praktikal dan keperluan harian.
  • Pandai mengurus kewangan.
  • Mengambil berat penglibatan secara serius dan mengharapkan hubungan kekal.


(b) Keburukan ISFJ

  • Tidak mengambil berat keperluan diri.
  • Kemungkinan mempunyai kesulitan untuk menukar ke bidang yang baru.
  • Terlalu benci kepada konflik dan kritikan.
  • Tidak suka menyatakan keperluan mereka.
  • Susah untuk meninggalkan suatu perhubungan yang tidak baik.
  • Susah untuk memulakan perhubungan yang baru selepas perhubungan yang tamat.


ISFJ sebagai kekasih
"To love means to open ourselves to the negative as well as the positive - to grief, sorrow, and disappointment as well as to joy, fulfillment, and an intensity of consciousness we did not know was possible before." -- Rollo May

ISFJ adalah setia kepada perhubungan mereka. Mereka mempunyai perasaan yang sangat dalam dan ini tidak diketahui oleh orang lain disebabkan mereka mencenderungkan menyimpan perkara dalam hati tanpa mengeluarkannya, melainkan mereka mempunyai sebab yang kuat untuk melakukannya. Maka, hubungan mereka yang mesra ini merupakan perkara yang paling utama dalam kehidupan mereka. Mereka adalah setia terhadap pasangan mereka.

ISFJ susah untuk meninggalkan suatu perhubungan yang tidak baik bagi mereka atau mengakui sesuatu perhubungan telah tamat. Mereka mencenderungkan untuk menyalahkan diri dan berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan perhubungan. Mereka adalah kekasih yang sangat setia kepada pasangan mereka biarpun pasangan yang telah meninggal dunia.

ISFJ kurang mementingkan diri sendiri. Mereka sering mengambil berat keperluan orang lain terlebih dahulu. Mereka berasa puas hati apabila orang lain menunjukkan penghargaan terhadap apa yang dilakukan olehnya. Sebagai balasan, hadiah yang paling baik bagi ISFJ merupakan pengucapan cinta dan penghargaan pasangan ISFJ.

ISFJ memperlihatkan perhubungan seks sebagai cara untuk menguatkan perhubungan yang sedia ada. Mereka menganggap perhubungan seks sebagai tugas untuk memenuhi pasangannya.

ISFJ mempunyai masalah dalam menghadapi situsasi konflik dan mereka lebih rela melarikan diri daripadanya. Maka, selepas suatu batas, mereka akan meletuskan kemarahan mereka dan menyampaikan sesuatu yang mereka akan menyesal dan berasa tidak patut diucapkan.

Secara umumnya, ISFJ merupakan seseorang individu yang menurut adat dan mementingkan keluarga. Mereka akan meletakkan keluarga di tempat pertama dalam kehidupan mereka. Mereka sedia menyediakan keperluan asas yang diperlukan dan ambil berat yang luar biasa. Mereka merupakan kekasih yang boleh dipercayai dan penuh dengan kasih sayang.



ISFJ sebagai ibu bapa:
"You are the bows from which your children as living arrows are sent forth...
Let your bending in the archer's hand be for gladness;
For even as He loves the arrow that flies,
so He loves also the bow that is stable." -- Kahlil Gibran

Kehidupan sebagai ibu bapa merupakan perkara semula jadi bagi ISFJ. Mereka bertanggungjawab dalam memastikan keperluan asas anak mereka dicapai dan berusaha mengajar peraturan dan adat kepada anak mereka supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab dan berdikari.

ISFJ mempunyai kesulitan untuk menjalankan hukuman ke atas anak-anak mereka. Ini disebabkan mereka berasa mempengaruhi anak-anak dengan nilai-nilai adalah lebih berkesan. Maka, mereka lebih suka menetapkan sempadan dan peranan kepada anak-anak untuk mendidik mereka.

ISFJ bermasalah apabila anak-anak menjadi dewasa yang bermasalah. Mereka mencenderungkan mempercayai sebab-sebab anak mereka menjadi bermasalah adalah tanggungjawab mereka bahawa mereka tidak cukup mendidik anak-anak.

Secara umumnya, ISFJ merupakan ibu bapa yang sempurna. Anak-anak mereka tidak akan kekurangan struktur, bimbingan yang sesuai atau kasih sayang yang mencukupi.



ISFJ sebagai kawan

Walaupun ISFJ meletakkan Tuhan dan keluarga mereka pada tempat yang pertama, mereka masih menyukai membelanjakan masa bersama dengan kawan-kawan atau rakan sekerja. Sebenarnya, ISFJ memerlukan kawan untuk memberi pendapat dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Sesentengah ISFJ lebih gemar membincangkan masalah dengan kawan daripada ahli keluarga.

Kawan-kawan ISFJ akan menghargai kemesraan mereka, keboleh dipercayai oleh mereka, pemahaman mereka dan kesedaran emosi mereka yang kuat itu.

0 comments: