CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 12, 2009

ENTP: Extraverted iNtuitive Thinking Perceiving

(Extraverted Intuition with Introverted Thinking)

kreatif dan kaya dengan kebijaksanaan. Pandai dalam banyak perkara.Suka akan perbahasan isu-isu.Termengah-mengah dengan idea dan project baru, sehingga mengabaikan aspek kehidupan harian. Suka bercakap tapi bersikap sombong.Mempunyai kebolehan yang cemerlang dalam memahami konsep dan mengaplikasikannya untuk mencari penyelesaian yang logik.



SEORANG YANG BERAKAL DAN BERIDEA

  1. Sebagai seorang individu yang mempunyai personaliti ENTP, cara hidup utama mereka adalah fokus kepada luaran dimana mereka menilai sesuatu melalui gerak hati mereka.Cara hidup mereka yang kedua pula fokus kepada menilai sesuatu berdasarkan logik dan rational.
  2. Minat utama individu ENTP ialah memahami dunia yang mereka tinggal. Mereka terpikat oleh oleh idea dan imej tentang situasi yang mereka berada sekarang. Menggunakan gerak hati mereka untuk memproses maklumat tersebut. Biasanya, mereka mempunyai kemolehan yang tepat dan cepat dalam menangai situasi yang mereka hadapi. ENTP mempunyai pemahaman yang lebih dalam mengenai kawasan sekeliling mereka berbanding dengan jenis personaliti yang lain.
  3. Kebolehan memahami orang dan situasi merupakan salah satu kebaikan ENTP. ENTP adalah fleksibel dan dapat menyesuaikan diri edngan baik dalam apa jua tugas yang diberikan. Mereka buat dengan baik terhadap perkara yang menarik minat mereka.
  4. ENTP ialah orang yang beridea. Kebolehan merasa dan mengerti membolehkan mereka melihat peluang di mana-mana sahaja.
  5. ENTP kurang berminat dalam membuat rancangan untuk tindakan ataupun membuat keputusan. Namum begitu, individu ENTP bersikap logik dan rational dalam membuat keputusan.
  6. ENTP bercakap dengan lancar dalam perbualan dan suka bercakap dengan orang lain.
  7. Kadang-kala, personaliti ENTP dirujuk sebagai jenis "peguam". Hal ini demikian, mereka bertindak dengan cepat dan tepat dalam memahami situasi dan menyelesaikan maalah dengan objektif dan logik. Apabila individu ENTP sedang mempertahankan klien mereka yang telah melakukan jenayah, ENTP akan mencari "lubang" di sisi undang-undang untuk melepaskan klien mereka daripda disabit kesalahan. Jika individu ENTP hendak menang dalam kes tersebut, mereka akan melihat sama ada tindakan mereka adil atau tidak dalam situasi tersebut.
  8. Semasa menghadapi stress, individu ENTP akan kehilangan keupayaan untuk mencari peluang.
  9. Secara umumnya, individu ENTP adalah seorang yang berakal,kreatif,pandai dan berilmu.


Kerjaya Bagi Individu ENTP

Sifat-sifat bagi personaliti ENTP
- berorientasi project
- suka menghasilkan idea dan teori
- kreative
- terselah dan berkebolehan
- fleksibel dan pelbagai
- mempunyai kebolehan berkomunikasi yang cemerlang
- suka berbahas dengan orang lain
- mempunyai kebolehan bergaul dengan orang yang cemerlang
- pemimpin semula jadi, tetapi tidak suka mengawal orang
- tidak suka dikawal oleh orang lain
- bertenaga, mempunyai kebolehan untuk memotivasi orang
- mempunyai kebolehan untuk menangani konsep dan teori yang susah
- suka menyelesaikan masalah yang susah
- tidak suka tugas biasa





Pekerjaan yang sesuai bagi ENTP

- peguam
- psikologi
- usahawan
- jurugambar
- penasihat
- jurutera
- ahli sains
- pelakon
- jurujual
- programmer komputer, analisis sistem atau pakar komputer

Hubungan ENTP


Kebaikan ENTP
- antusias dan popular
- sangat menarik dan berbudi bicara
- mempunyai kebolehan berkomunikasi yang cemerlang
- sangat berminat dalam perkembangan kendiri dalam perhubungan mereka
- fleksibel, senang bergaul
- beridea
- pandai dalam mencari wang tapi tidak pandai dalam mengurusnya
- serius dalam sesuatu hubungan
- boleh meneruskan kehidupan selepas sesuatu hubungan tamat



kelemahan ENTP
- termengah-mengah dengan benda baru menyebabkan mereka selalu menukar pasangan
- berkecenderungan tidak mengikut jadual atau rancangan orang lain
- kesukaan perbahasan menyebabkan mereka memarahi hujah
- suka mengambil risiko dan suka menghabiskan wang
- walaupun mereka serius dalam hubungan, namum mereka akan menamatkan hubungan
sekiranya mereka fikir tiada peluang untuk hubungan itu berkembang.



ENTP sebagai kekasih

  1. Prihatin individu ENTP dalam hubungan dengan kekasih ialah perkembangan dan pembaikan. Mereka akan selalu menanya diri sendiri seperti bagaimana hubungan tesebut dapat diperbaiki? Adakah saya membesar dalam hubungan tersebut? Sikap dan niat individu ENTP membawa kesan yang positif dan sihat kepada sesuatu hubungan.
  2. Satu masalah yang mungkin dihadapi oleh individu ENFJ ialah kecenderungan mereka yang tidak suka ikut skema. Hal ini akan menyebabkan kemarahan pasangan mereka. Pasangan mereka tidak akan percaya bahawa individu ENTP akan bertindak mengikut kehendak mereka.
  3. Selain itu, kecenderungan individu ENTP untuk mengambil risiko menyebabkan ahli keluarga mereka tidak selesa dengan status kewangan individu ENTP. Hal ini akan memberi tekanan kepada hubungan tersebut.
  4. Individu suka perkara yang berlaku secara spontan daripada mengikuti jadual.
  5. Pasangan bagi individu ENTP: individu INFJ dan individu INTJ


ENTP sebagai ibu bapa

Disebabkan oleh sedikit sifat kebudakan dalam individu ENTP, mereka menunjukkan sikap yang seronok dan penyayang dalam peranan ibu bapa. Akan tetapi, mereka suka membuatkan semua perkara dalam kehidupan sebagai latihan untuk mempelajari di mana ia akan membolehkan anak-anak berdikari dan menjadi seorang yang berfikiran logik.

Individu tidak konsisten dalam menghabiskan masa dengan anak-anak. Kadang-kala, mereka menghabiskan masa bersama anak-anak dengan penuh prihatin dan minat, tapi selepas mereka terlibat dalam projek yang besar, mereka akan mengabaikan anak-anak.



ENTP sebagai kawan

ENTP boleh bergaul dengan semua jenis orang. Mereka adalah fleksibel, senang bergaul dan berminat untuk berinteraksi dengan orang lain.

Walaupun individu ENTP boleh bergaul dengan semua jenis orang, namum mereka akan memilih orang sekeliling mereka yang bijak, berkeupayaan dan beridea.

0 comments: