CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 4, 2009

ENFJ : Extraverted Intuitive Feeling Judging

(Extraverted Feeling with Introverted Intuition)

Popular, sensitif dan mempunyai kemahiran memahami orang lain. Mempertimbangkan perasaan dan pemikiran orang lain. Tidak suka berkeseorangan. Berkecendungan melhat semua perkara di sudut pandangan manusia dan tidak suka manganalisi mengikut perasaan. Sangat cekap dalam menguruskan isu orang dan mengetuai perbincangan kumpulan dengan baik. Berminat dalam melayani orang lain dan meletakkan keperluan orang lain di tempat pertama



Pemberi

Ciri-ciri seseorang individu yang mempunyai personaliti ENFJ
  • Individu-fokus
  • Mempunyai kemahiran bersosial yang cemerlang
  • Memahami dan mengambil berat
  • Memberi kasih sayang dan sokongan
  • Fokus kepada pemahaman perasaan dan pemikiran
  • Mempunyai kebolehan mempengaruhi orang lain menurut kehendaknya. (Biasannya, tujuan mereka bersifat baik dan tidak mementingkan diri sendiri. Namunnya, terdapat sesetengah orang menggunakan kebolehan tersebut untuk memanipulasi orang lain.)
  • Elak daripada bersendirian: Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang melibatkan orang lain
  • Kecenderungan menafsir arah hidup mereka menurut keperluan orang lain. (Memberi keutamaan kepada keperluan orang lain. Akan tetapi, mereka perlu menyedari keperluan diri agar tidak mengorbankan keperluan diri dalam usaha membantu orang lain.)
  • Kurang membuat pendedahan diri berbanding jenis extravert yang lain. (Mempunyai garis panduan dalam mendedahkan diri kepada orang lain. Hanya akan mendedahkan maklumat diri yang tidak terlalu peribadi.)



Kerjaya bagi individu yang mempunyai personaliti ENFJ

Kebolehan memahami diri sendiri dan sifat-sifat personaliti adalah penting dalam menentukan samada anda berjaya ataupun gagal dalam kerjaya.


Sifat-sifat personaliti umum bagi ENFJ:

• Mesra dalam pergaulan
• Menghargai perasaan orang lain
• Mementingkan struktur dan susunan
• Menghargai suasana harmoni dan boleh membina suasana harmoni dengan baik
• Mempunyai kemahiran bersosial yang luar biasa
• Tidak suka analisis dan logic yang tidak dipengaruhi oleh perasaan
• Mempunyai kebolehan berorganisasi yang tinggi
• Jujur dan setia
• Kreatif dan imaginatif
• Menyukai kepelbagaian dan cabaran baru
• Mendapat kepuasan dengan membantu orang lain
• Terlalu sensitif terhadap kritikan dan perselisihan
• Memerlukan pemujian daripada orang lain


Kerjaya bagi ENFJ:
• Facilitator
• Pakar perunding
• Pakar psikologi
• Pekerja social/kaunselor
• Cikgu
• Pendeta/paderi
• Jurujual
• Bahagian sumber manusia
• Pengurus
• Ahli politik
• Penulis



Perhubungan bagi individu yang mempunyai personaliti ENFJ

Individu yang mempunyai personaliti ENFJ meletakkan banyak usaha dan semangat dalam hubungan mereka.


Kebaikan individu ENFJ dalam isu perhubungan:
• Kemahiran komunikasi lisan yang cemerlang
• Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam memahami pemikiran dan maksud orang lain
• Motivasi
• Penyayang
• Menghiburkan-berjenaka, bergaya, dramatik, optimistic
• Mempunyai kemahiran dalam bidang kewangan
• Bersikap tabah dan mampu “meneruskan” hidup selepas kegagalan sesebuah percintaan
• Setia-hendakkan hubungan jangka panjang (seumur hidup)
• Berusaha untuk situasi “menang-menang”
• Berusaha untuk mencapai keperluan orang lain


Kelemahan individu ENFJ dalam isu perhubungan:

• Kecenderungan memberi perlindungan yang keterlaluan sehingga “merimaskan” orang lain
• Kecenderungan menjadi terlalu manipulative-suka mengawal semua perkara
• Tidak memberi perhatian penuh dalam keperluan sendiri
• Kadang-kadang, mereka tidak sedar tentang kesesuaian social/protokol
• Terlalu sensitif terhadap konflik
• Kecenderungan untuk menyalahkan diri sendiri apabila berlakunya kesalahan dan tidak akan memuji diri sendiri apabila terdapat kejayaan

A) ENFJ sebagai kekasih

•Seorang kekasih yang mesra dan serius dalam sesuatu hubungan percintaan.
•Menginginkan hubungan seumur hidup
•Mengambil berat terhadap hubungan percintaan. Mereka akan selalu menanya pendapat pasangan tentang kepuasan dan perasaan mereka .
•Melihat hubungan seks sebagai satu cara untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang
•Suka menjadualkan hubungan keintiman dan lama-kelamaan ia akan menjadi tugasan harian
•Juga memerlukan kata-kata manis dan kasih sayang daripada kekasih mereka.walaupun mereka mengutamakan keperluan orang lain dan mudah mendapat kepuasan daripada kegembiraan orang lain, namum untuk menjadikan hubungan tersebut “lebih sihat”, keperluaan individu ENFJ haruslah diberi perhatian oleh pasangan mereka.
•Akan menyalahkan diri sendiri apabila hubungan percintaan tamat. Walau bagaimanapun, individu ENFJ bersikap tabah untuk meneruskan kehidupan mereka.
•Masalah dalam hubungan percintaan: individu ENFJ sangat benci konflik. Apabila menghadapi konflik, mereka akan melarikan diri dari masalah tersebut daripada menyelesaikan masalah. Mereka akan “menyerlah kalah” untuk menamatkan konflik.

Secara umumnya, individu ENFJ sangat berminat untuk terlibat dalam sesuatu hubungan percintaan. Mereka bersedia untuk bekerja keras untuk menjayakan sesuatu perhubungan.
Pasangan ideal: individu ENFJ dan INFP


B) ENFJ sebagai ibu bapa

• mengambil berat terhadap peranan mereka sebagai ibu bapa.
• Berusaha untuk menjadi ibu bapa yang baik
• Adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan anak-anak berkelakuan baik
• Mempunyai harapan yang tinggi terhadap anak-anak mereka
• Bersikap penyayang
• Bukan senang menjadi anak kepada individu ENFJ:
• Individu ENFJ memandang serius dalam perhubungan
• Akan selalu memerhatikan perkembangan hubungan tersebut yang mungkin akan merimaskan seseorang
• Bersikap tegas , manipulatif dan mengawal segala tingkah-laku anak-anaknya.
• Masalah akan timbul semasa anak-anak mencapai akil-baligh.
• Individu ENFJ dingatkan supaya memberi kebebasan yang sepatutunya kepada anak-anak agar perkembangan anak-anak adalah sihat.


C) ENFJ sebagai kawan

• Peramah, mempunyai kemahiran bersosial dan memahami perspektif dan perasaan orang lain
• Menyokong dan memberi benda-benda yang terbaik kepada kawan
• Suka berjenaka
• Berkawan dengan semua jenis orang. Namun begitu, individu ENFJ mengelakkan daripada berkawan dengan individu jenis “Sensing Perceiving” yang hanya memerlukan hubungan jangka pendek.
• Lebih berminat berkawan dengan “Intuitive Feelers” dan “Sensing Judgers”

0 comments: