CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 4, 2009

Tokoh ENFJ: Florence Nightingale

Florence Nightingale (12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910)


  • dikenali sebagai "Wanita Dengan Pelita"
  • merupakan perintis kepada kejururawatan

latar belakang keluarga
Dilahirkan dalam keluarga berada British di Florence, Itali dan membesar sebagai wanita yang menawan dan periang, yang mempunyai masa depan yang cerah.


kerjaya kejururawatan
Memasuki bidang kejururawatan pada 1845.

Keputusan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya. Ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik (kebanyakan jururawat adalah wanita miskin), dan wanita British dari keturunan berada sepertinya, dijangka menjadi isteri yang patuh.


sumbangan
Sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal adalah semasa Perang Crimea. Hatinya tersentuh mendengar berita penderitaan tentera yang tercedera dan terbiar dalam hospital yang kotor.

Bersama-sama dengan 38 jururawat lain, Florence Nightingale pergi ke Scutari (kini di terletak Istanbul). Florence yang mempercayai teori penyakit Miasma menghidupkan kembali konsep penjagaan kebersihan hospital dan kaedah jagaan oleh jururawat. Dia memberi penekanan kepada pemerhatian teliti dan peka kepada keperluan pesakit.

Walau bagaimanapun, jumlah tentera yang meninggal di hospitalnya tidak menurun, sebaliknya meningkat. Kebanyakannya akibat jangkitan tifus, demam kepialu, penyakit Taun dan disenteri, dan bukan akibat cedera perang. Siasatan pada 1855 menyimpulkan kematian tersebut akibat kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang baik. Florence Nightingale membantu pesakit-pesakit lebih selesa sebelum kematian mereka, tetapi gagal menyembuhkan mereka.

0 comments: