CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 25, 2009

Profile Kumpulan

KMN 3101 Komunikasi Kemanusiaan

Kumpulan TEBALOI

Kursus: S.M.S. Matematik Komputasi

1. Chan Chiu Ling UK 12943

2. Tan Beng Choo UK 12958

3. Ong Sheue Li UK 13009

4. Nurul Ain Mohd UK 13744


Pensyarah: Pn. Isma Rosila Ismail

DOKUMENTARI PENDEK

PERSONALITI ENFJ DALAM PERHUBUNGAN

Friday, March 13, 2009

Tokoh ISTP: Isaac Newton

  • Sir Isaac Newton (4 Januari 1643 - 31 March 1727) merupakan seorang ahli fizik Inggeris.
  • Bidang: fizik, matematik, astronomi, filosofis semula jadi, ilmu ketuhanan.
  • Institusi: University of Cambridge
  • Kejayaan: Mekanikal Newtonian, graviti alam, kalkulus dan optik.

Introverted Sensing Thinking Perceiving (ISTP)

Pendiam dan terpelihara. Berminat dengan cara dan sebab perkara dapat dilakukan. Pandai dalam perkara mekanikal. Suka mengambil risiko. Biasanya berminat dalam sukan yang luar biasa. Setia kepada kawan-kawan dan penilaian dalaman diri, tetapi tidak memenuhi sepenuhnya dengan undang-undang dan peraturan apabila mereka ingin menyelesaikan sesuatu. Mereka adalah pandai dalam mencari penyelesaian kepada masalah praktikal.


Gambaran seorang individu ISTP

TUKANG MESIN/ MEKANIK

  1. Sebagai seorang ISTP, cara kehidupan yang paling asas adalah fokus pada dalaman dimana mereka menanggung sesuatu dengan rasional dan menurut akal. Cara kehidupan yang kedua pula berfokus kepada luaran dimana mereka mengambil berat perkara-perkara melalui 5 deria mereka dalam fesyen benar.
  2. ISTP adalah bagus dalam analisis logic. Biasanya mereka mempunyai kuasa pertimbangan yang tinggi walaupun mereka tidak berminat dalam teori atau konsep, melainkan mereka memperlihatkan aplikasi praktikal. Mereka gemar melihat cara sesuatu berfungsi.
  3. ISTP mempunyai jiwa pengembaraan. Mereka tertarik dengan motorsikal, kapal terbang, penyelaman langit dan sebagainya. Mereka adalah sangat berdikari dan memerlukan ruang untuk memikir keputusan mereka. Mereka tidak mempercayai undang-undang dan peraturan kerana undang-undang dan peraturan boleh menyekat kebolehan mereka untuk melakukan perkara mereka.
  4. ISTP adalah setia kepada kepercayaan mereka dan mereka mempercayai bahawa semua orang patut dilayan dengan adil dan jujur. Walaupun mereka tidak mempercayai undang-undang dan peraturan sistem, namun, mereka amat mematuhi undang-undang dan peraturan diri sendiri. Mereka tidak akan mengambil bahagian dalam sesuatu yang akan melanggar undang-undang diri sendiri.
  5. ISTP suka dan memerlukan masa bersendirian kerana masa bersendirian ini penting untuk mereka menyusun pemikiran mereka dengan jelas.
  6. ISTP merupakan orang yang suka bertindak. Dapat menyesuaikan diri dan spontan, mereka bertindak serta-merta. Mereka biasanya mempunyai kemahiran teknikal dan dapat menjadi ketua teknikal yang baik. Mereka fokus kepada butir-butir dan perkara-perkara praktikal.
  7. ISTP sering mengelak daripada membuat penilaian berdasarkan nilai-nilai keperibadian. Mereka berasa penilaian dan keputusan harus dibuat secara asing, iaitu berdasarkan fakta. Mereka tidak memberi perhatian kepada perasaan mereka sendiri.
  8. ISTP adalah bagus dalam keadaan krisis. Mereka biasanya adalah ahli sukan yang bagus. Mereka juga bagus dalam mengikuti projek sehingga projek itu selesai. Biasanya mereka tidak bermasalah dalam sekolah disebabkan mereka merupakan orang introvert yang berfikiran logik. Mereka adalah individu yang sangat bersabar.
  9. ISTP adalah optimisme, penuh dengan keceriaan, setia kepada setandingnya, percaya kepada orang lain dan suka beramal.


Pekerjaan bagi individu berkeperibadian ISTP

Ciri-ciri umum ISTP:
  • Berminat dengan cara dan sebab perkara berfungsi.
  • Tidak berfungsi bagus dalam alam sekitar yang berstruktur, mudah berasa bosan.
  • Selalu mendapat fakta daripada sekeliling.
  • Mempunyai abiliti yang bagus dalam menggunakan logik dan alasan untuk menyelesaikan masalah.
  • Biasanya dapat menguasai pemikiran abstrak dan teori, tetapi tidak suka kepadanya.
  • Fokus kepada masa kini dan bukan masa depan.
  • Suka pengalaman yang baru dan berbagai.
  • Praktikal dan realistik.
  • Mampu menyelesai masalah dengan cepat.
  • Berdikari.
  • Yakin diri yang tinggi.
Pekerjaan yang sesuai kepada ISTP:
  • Polis dan kerja detektif.
  • Ahli patologi forensik.
  • Ahli program komputer, ahli analisis sistem dan pakar komputer.
  • Jurutera.
  • Tukang kayu.
  • Ahli mekanikal.
  • Pilot, pemandu dan pemandu pesawat.
  • Ahli sukan.
  • Pengusahawan.


Perhubungan bagi individu berkeperibadian ISTP

Kekuatan ISTP:
  1. Pendengar yang baik.
  2. Yakin kepada diri.
  3. Optimistik dan bergembira.
  4. Praktikal dan realistik.
  5. Tidak diancam oleh konflik atau kritikan.
  6. Dapat meninggalkan sesuatu perhubungan dengan senang jika perhubungan telah tamat.
  7. Dapat mengurus hukuman walaupun mereka tidak suka kepada menguruskan.
  8. Sedia menghormati keperluan orang lain dalam ruangan dan kebebasan peribadi.
Kelemahan ISTP:
  1. Hanya fokus kepada masa yang berlaku sekarang.
  2. Tidak pandai meluahkan perasaan dan emosi.
  3. Tidak sensitif terhadap perasaan orang lain.
  4. Kecenderungan mementingkan kebebasan keperibadian yang keterlaluan.
  5. Memerlukan ruangan peribadi yang banyak.


ISTP sebagai KEKASIH

ISTP adalah orang yang sangat bersemangat. Sikap mereka yang pandai membuat pemikiran dan halus perasaan menyebabkan mereka amat menarik perhatian orang lain.

ISTP memandang hubungan akrab sebagai kelakuan fizikal lebih daripada suatu perasaan mengekspresskan cinta dan kasih sayang.

ISTP suka menetapkan perkara dan ini mungkin menciptakan masalah kepada hubungan peribadinya.

ISTP berkecenderungan memegang perdapatan mereka terhadap sesuatu. Mereka suka mendengar pendapatan orang lain, tetapi tidak suka memberi komen diri. Mereka suka mengelakkan daripada menjawab masalah dengan menanya soalan.

Walaupun ISTP tidak suka mengekspresskan perasaan mereka kepada orang lain, namun mereka adalah peka kepada perasaan orang lain.


ISTP sebagai IBU BAPA

ISTP adalah ibubapa yang fleksibel dan tidak mengawal. Mereka suka memberi kebebasan yang secukupnya kepada anak-anak mereka tanpa mengawal mereka. Namun, sebagai ibu bapa, ISTP masih mempunyai disiplinnya tersendiri.

ISTP suka mengekalkan jarak mereka terhadap anak mereka. Mereka tidak berasa hendak menghantarkan pemikiran diri kepada anak-anak mereka.

ISTP suka menghabiskan masa dengan anak-anak dalam aktiviti-aktiviti luaran seperti memancing dan sebagainya. Mereka biasanya mengenali anak-anak melalui masa ini.


ISTP sebagai KAWAN

ISTP biasanya mempunyai sekumpulan kawan yang mempunyai hobi atau kegemaran yang sama.

Thursday, March 12, 2009

Tokoh ENTP: Abraham Lincoln

Abraham Lincoln (12.02.1809-15.04.1865)


  • presiden USA yang ke-16 (1861-1865)
  • kewarganegaraan: Amerika
  • latar belakang keluarga: mempunyai seorang isteri dan empat orang anak lelaki
  • kerjaya politik:
  1. Memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1832 apabila beliau mencalonkan diri untuk perwakilan di Illinois, tetapi gagal dalam pilihan raya.
  2. Beliau berkhidmat sebagai kapten tentera semasa Perang Helang Hitam, iaitu perang menentang kaum pribumi Amerika.
  3. Apabila beliau berpindah ke Springfield, beliau mula bekerja sebagai peguam.
  4. Lincoln menjadi seorang peguam yang berjaya di Illinois.
  5. Pada tahun 1837, buat pertama kali beliau membantah perhambaan tetapi pada masa yang sama berkhidmat sebagai peguam untuk tuan yang mahukan hamba mereka yang lari dikembalikan di Illinois.
  6. Pada tahun 1846, beliau menyertai Parti Whig, dan dilantik sebagai ahli Kongres selama satu penggal. Ketika perhambaan menjadi isu pada tahun 1854, Lincoln membantu menubuhkan Parti Republikan dan menjadi ketuanya bagi negeri Illinois.
  • Sumbangan
Lincoln masyhur melalui peranannya dalam pemeliharaan Kesatuan (Union) dan menamatkan perhambaan di Amerika Syarikat dengan Perisytiharan Emansipasi dan Pindaan Ke-13 Perlembagaan Amerika Syarikat.

ENTP: Extraverted iNtuitive Thinking Perceiving

(Extraverted Intuition with Introverted Thinking)

kreatif dan kaya dengan kebijaksanaan. Pandai dalam banyak perkara.Suka akan perbahasan isu-isu.Termengah-mengah dengan idea dan project baru, sehingga mengabaikan aspek kehidupan harian. Suka bercakap tapi bersikap sombong.Mempunyai kebolehan yang cemerlang dalam memahami konsep dan mengaplikasikannya untuk mencari penyelesaian yang logik.



SEORANG YANG BERAKAL DAN BERIDEA

  1. Sebagai seorang individu yang mempunyai personaliti ENTP, cara hidup utama mereka adalah fokus kepada luaran dimana mereka menilai sesuatu melalui gerak hati mereka.Cara hidup mereka yang kedua pula fokus kepada menilai sesuatu berdasarkan logik dan rational.
  2. Minat utama individu ENTP ialah memahami dunia yang mereka tinggal. Mereka terpikat oleh oleh idea dan imej tentang situasi yang mereka berada sekarang. Menggunakan gerak hati mereka untuk memproses maklumat tersebut. Biasanya, mereka mempunyai kemolehan yang tepat dan cepat dalam menangai situasi yang mereka hadapi. ENTP mempunyai pemahaman yang lebih dalam mengenai kawasan sekeliling mereka berbanding dengan jenis personaliti yang lain.
  3. Kebolehan memahami orang dan situasi merupakan salah satu kebaikan ENTP. ENTP adalah fleksibel dan dapat menyesuaikan diri edngan baik dalam apa jua tugas yang diberikan. Mereka buat dengan baik terhadap perkara yang menarik minat mereka.
  4. ENTP ialah orang yang beridea. Kebolehan merasa dan mengerti membolehkan mereka melihat peluang di mana-mana sahaja.
  5. ENTP kurang berminat dalam membuat rancangan untuk tindakan ataupun membuat keputusan. Namum begitu, individu ENTP bersikap logik dan rational dalam membuat keputusan.
  6. ENTP bercakap dengan lancar dalam perbualan dan suka bercakap dengan orang lain.
  7. Kadang-kala, personaliti ENTP dirujuk sebagai jenis "peguam". Hal ini demikian, mereka bertindak dengan cepat dan tepat dalam memahami situasi dan menyelesaikan maalah dengan objektif dan logik. Apabila individu ENTP sedang mempertahankan klien mereka yang telah melakukan jenayah, ENTP akan mencari "lubang" di sisi undang-undang untuk melepaskan klien mereka daripda disabit kesalahan. Jika individu ENTP hendak menang dalam kes tersebut, mereka akan melihat sama ada tindakan mereka adil atau tidak dalam situasi tersebut.
  8. Semasa menghadapi stress, individu ENTP akan kehilangan keupayaan untuk mencari peluang.
  9. Secara umumnya, individu ENTP adalah seorang yang berakal,kreatif,pandai dan berilmu.


Kerjaya Bagi Individu ENTP

Sifat-sifat bagi personaliti ENTP
- berorientasi project
- suka menghasilkan idea dan teori
- kreative
- terselah dan berkebolehan
- fleksibel dan pelbagai
- mempunyai kebolehan berkomunikasi yang cemerlang
- suka berbahas dengan orang lain
- mempunyai kebolehan bergaul dengan orang yang cemerlang
- pemimpin semula jadi, tetapi tidak suka mengawal orang
- tidak suka dikawal oleh orang lain
- bertenaga, mempunyai kebolehan untuk memotivasi orang
- mempunyai kebolehan untuk menangani konsep dan teori yang susah
- suka menyelesaikan masalah yang susah
- tidak suka tugas biasa





Pekerjaan yang sesuai bagi ENTP

- peguam
- psikologi
- usahawan
- jurugambar
- penasihat
- jurutera
- ahli sains
- pelakon
- jurujual
- programmer komputer, analisis sistem atau pakar komputer

Hubungan ENTP


Kebaikan ENTP
- antusias dan popular
- sangat menarik dan berbudi bicara
- mempunyai kebolehan berkomunikasi yang cemerlang
- sangat berminat dalam perkembangan kendiri dalam perhubungan mereka
- fleksibel, senang bergaul
- beridea
- pandai dalam mencari wang tapi tidak pandai dalam mengurusnya
- serius dalam sesuatu hubungan
- boleh meneruskan kehidupan selepas sesuatu hubungan tamat



kelemahan ENTP
- termengah-mengah dengan benda baru menyebabkan mereka selalu menukar pasangan
- berkecenderungan tidak mengikut jadual atau rancangan orang lain
- kesukaan perbahasan menyebabkan mereka memarahi hujah
- suka mengambil risiko dan suka menghabiskan wang
- walaupun mereka serius dalam hubungan, namum mereka akan menamatkan hubungan
sekiranya mereka fikir tiada peluang untuk hubungan itu berkembang.



ENTP sebagai kekasih

  1. Prihatin individu ENTP dalam hubungan dengan kekasih ialah perkembangan dan pembaikan. Mereka akan selalu menanya diri sendiri seperti bagaimana hubungan tesebut dapat diperbaiki? Adakah saya membesar dalam hubungan tersebut? Sikap dan niat individu ENTP membawa kesan yang positif dan sihat kepada sesuatu hubungan.
  2. Satu masalah yang mungkin dihadapi oleh individu ENFJ ialah kecenderungan mereka yang tidak suka ikut skema. Hal ini akan menyebabkan kemarahan pasangan mereka. Pasangan mereka tidak akan percaya bahawa individu ENTP akan bertindak mengikut kehendak mereka.
  3. Selain itu, kecenderungan individu ENTP untuk mengambil risiko menyebabkan ahli keluarga mereka tidak selesa dengan status kewangan individu ENTP. Hal ini akan memberi tekanan kepada hubungan tersebut.
  4. Individu suka perkara yang berlaku secara spontan daripada mengikuti jadual.
  5. Pasangan bagi individu ENTP: individu INFJ dan individu INTJ


ENTP sebagai ibu bapa

Disebabkan oleh sedikit sifat kebudakan dalam individu ENTP, mereka menunjukkan sikap yang seronok dan penyayang dalam peranan ibu bapa. Akan tetapi, mereka suka membuatkan semua perkara dalam kehidupan sebagai latihan untuk mempelajari di mana ia akan membolehkan anak-anak berdikari dan menjadi seorang yang berfikiran logik.

Individu tidak konsisten dalam menghabiskan masa dengan anak-anak. Kadang-kala, mereka menghabiskan masa bersama anak-anak dengan penuh prihatin dan minat, tapi selepas mereka terlibat dalam projek yang besar, mereka akan mengabaikan anak-anak.



ENTP sebagai kawan

ENTP boleh bergaul dengan semua jenis orang. Mereka adalah fleksibel, senang bergaul dan berminat untuk berinteraksi dengan orang lain.

Walaupun individu ENTP boleh bergaul dengan semua jenis orang, namum mereka akan memilih orang sekeliling mereka yang bijak, berkeupayaan dan beridea.

Monday, March 9, 2009

TOKOH ESTJ : PETER F. DRUCKER

PETER F. DRUCKER (Pemikir besar pengurusan )



Baru -baru ini atau lebih tepatnya pada 11 November, 2005, `dunia' kehilangan seorang pemikir besar pengurusan, Peter F. Drucker yang meninggal dunia dalam usia 95 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri, Doris dan empat orang anak. Media-media antarabangsa seperti The Washington Post, Reuters, The Guardian, Bloomberg, Business Week dan Al-Jazeera semasa melaporkan kematian Peter F. Drucker, menyifatkannya sebagai `tokoh pengurusan yang paling berpengaruh di dunia'. Mahaguru pengurusan ini juga dikenali sebagai management philosopher kerana beliau bukan saja membahas hal-hal pengurusan semata-mata tetapi membahas persoalan pengurusan dalam pengertian yang luas yang mencakupi perubahan-perubahan pemikiran dalam realiti dunia hari ini seperti globalisasi, senario ekonomi dunia, kepimpinan politik

Drucker bukan saja seorang profesor pengurusan, lebih dari itu menjadi juruperunding pengurusan lebih daripada 50 tahun kepada 500 organisasi yang mencakupi syarikat-syarikat besar dan kecil, muzium, hospital, universiti, yayasan kebajikan, kerajaan termasuk juga pasukan besbol Yogi Bera di Amerika.


Barangkali Drucker merupakan satu fenomena dalam dunia pengurusan.Drucker merupakan anak kelahiran Austria, pernah bekerja sebagai kerani dan mendapat pendidikan dalam bidang undang-undang dari Universiti Frankfurt pada tahun 1931. Drucker sebetulnya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi pakar pengurusan dan cita-cita asalnya hendak menjadi penulis. Beliau mula menulis ketika berumur 20 tahun dan dalam usia yang cukup muda itu, Drucker telah pun memegang jawatan pengarang kanan sebuah akhbar harian di Frankfurt.


Drucker menulis dalam berbagai bidang seperti ekonomi, politik, falsafah, kesusasteraan, undang-undang bahkan buku pertamanya ialah mengenai politik dalam bahasa Jerman setebal 32 halaman bertajuk Friederich Julius Stahl: Conservative Political Theory and Historical Change. Buku ini menimbulkan kemarahan pemerintah Nazi sehingga Drucker terpaksa melarikan diri ke England pada tahun 1933. Di sanalah, Drucker menulis buku pertamanya dalam bahasa Inggeris bertajuk The End of Economic Man (1937) yang membahaskan kegagalan dan kebangkitan fahaman Fasisme. Dalam buku ini juga, Drucker berhujah tentang perlunya susunan sosial dan ekonomi yang baru.

ESTJ - Extraverted Sensing Thinking Judging

SIFAT - SIFAT BAGI SESEORANG YANG MEMPUNYAI PERSONALITI ESTJ


• Dunia mereka adalah berdasarkan fakta dan keperluan yang konkrit
• Akan memastikan segala rancangan berjalan dengan lancer
• Menghormati undang – undang dan percaya pada pegangan hidup
• Tidak sabar
• Terburu – buru ingin melihat hasil usaha mereka
• Suka mengawal orang lain
• Ada visi yang jelas tentang apa yang sepatutnya berlaku
• Yakin diri dan agresif
• Bagus dalam merangka tindakan dan mengetahui ap yang sepatutnya dilakukan
• Suka mendesak
• Berterus – terang dan jujur
• Masyarakat yang moden
• Memikul komitmen dengan penuh tanggungjawab
• Suka berinteraksi dengan masyarakat dan bergembira
• Sangat cergas dan gembira di majlis – majlis social
• Akan mengasingkan diri bila tertekan
• Bila tertekan, golongan ESTJ akan merasa susah untuk meluahkan apa yang terbuku di hati
• Akan membuat apa saja untuk mencapai apa sahaja yang diinginkan
• Akan membuat apa sahaja untuk mengekspresikan diri
• Akan meletakkan seluruh usaha dalam semua benda yang mereka lakukan
• Seorang yang berhemat, praktikal, realistic dan boleh diharap
• Don’t think out of their boxes
• Berkepimpinan
• Suka bersukan



KERJAYA yang sesuai untuk ESTJ

Banyak pilihan kerjaya untuk golongan ini. Mereka ini bagus dalam berbagai jenis kerjaya kerana mereka meletakkan semua usaha dalam apa jua yang mereka lakukan. Mereka akan gembira jika mereka mendapat jawatan dalam pentadbiran. Kerjaya yang paling sesuai dengan mereka adalah kerja yang memerlukan mereka mengarah dan membentuk.

• Ketua askar
• Pengurus
• Polis
• Penyiasat
• Hakim atau pengadil
• Pegawai kewangan
• Tenaga pengajar
• Wakil jualan


Perhubungan ESTJ
  • Golongan ini adalah golongan yang mempunyai rasa minat yang mendalam dalam menyempurnakan tanggungjawab terutama dalam hal keluarga.
  • Golongan ini adalah seorang yang bertanggungjawab dalam perhubungan di mana mereka inginkan hubungan jangka panjang.
  • Golongan ini suka mengurus dan mengawal pasangan dan anak – anak mereka.
  • Golongan ini kurang penyabar.
  • Mereka lebih suka berurusan dengan orang yang mempunyai pandangan yang berbeza dengan mereka.


KEKUATAN ESTJ
  • Ceria dan peramah
  • Seorang yang boleh diharap (boleh member perlindungan kepada keluarga)
  • Meletakkan sepenuh usaha dalam menyiapkan tugasan yang diberikan
  • Bertanggungjawab dalam menyiapkan tugasan harian di rumah
  • Bagus dalam hal kewangan
  • Tidak tergugat dengan konflik dan kritikan
  • Lebih berminat dalam menyelesaikan konflik dari menghindarinya
  • Memandang serius dalam perhubungan (hubungan jangka panjang)
  • Tabah (boleh teruskan hidup bila perhubungan putus)


KELEMAHAN ESTJ

  • Kecenderungan untuk melihat dia saja yang betul
  • Kecenderungan untuk menguruskan semua perkara
  • Tidak sukakan sesuatu yang tidak cermat dan tidak cekap
  • Tidak pedulikan perasaan orang lain
  • Tidak pandai dalam menunjukkan perasaan sendiri
  • Kata – katanya boleh membuatkan orang tersinggung
  • Kecenderungan untuk menjadi seorang yang melihat pada kebendaan
  • Tidak sukakan perubahan


ESTJ sebagai KEKASIH

  • Seorang yang meletakkan sepenuh usaha dalam perhubungan mereka
  • Seorang yang stabil
  • Meletakkan sepenuh tenaga dalam menjalankan tanggungjawab
  • Cenderung untuk melihat dia sahaja yang betul tanpa memikirkan pendapat orang lain
  • Seorang yang berkeyakinan dalam semua perkara dan sikap ini mungkin akan menjejaskan hubungan interpersonal mereka
  • Golongan ini seharusnya focus dan hormat pada pandangan orang lain
  • Golongan ini adalah golongan penjaga di mana mereka akan member sepenuh perhatian dalam melindungi pasangan mereka.pasangan mereka akan merasa dilindungi tetapi mereka juga akan rasa terkongkong kerana sikap individu ini.
  • Mereka sangat jujur
  • Golongan ini lebih gemar jika pasangan mereka turut serta dalam semua aktiviti yang mereka lakukan.
  • Mereka kurang member perhatian dalam menyelami perasaan pasangan mereka
  • Mereka inginkan semua usaha mereka dihargai
  • Pasangan yang sesuai Introverted Thingking


ESTJ SEBAGAI KELUARGA

  • Seorang yang bertanggungjawab dan sukakan peraturan
  • Inginkan anak – anak membesar sebagai seorang yang bertanggungjawab dan berdikari
  • Moto mereka ‘parent should be parent, children should be children’
  • Mereka tidak sukakan kesalahan yang sama berulang
  • Mereka mempunyai masalah dalam berkomunikasi dengan anak yang mempunyai personality daya kreativiti yang tinggi.


ESTJ SEBAGAI KAWAN

  • Mereka mementingkan persahabatan
  • Mereka suka menghabiskan waktu dengan individu yang mempunyai personality yang sama dengan mereka
  • Tidak suka bergaul dengan individu yang tidak serius dengan sesuatu
  • Seorang yang berpegang teguh pada pendapat sendiri
  • Seorang yang bersemangat, tepat, cerdas dan lucu

TOKOH ESFJ: Prof. Dr. J.E. Sahetapy

Prof. Dr. J.E. Sahetapy
Penjaga Nurani Hukum dan Politik

  • Ia pantas digelari seorang penjaga nurani hukum dan politik.
  • Ketua Komisi Hukum Nasional RI, ini sangat prihatin pada komitmen dan integritas para penegak hukum.
  • Dalam dunia politik, anggota DPR dari PDIP ini pun mengatakan politik tanpa moral dan fatsoen atau etika akan menjerumuskan bangsa ini.
  • Menurut Guru Besar Emeritus ini, bilamana melihat situasi dan kondisi Indonesia masa kini, sudah ibarat "Rumah Sakit Gila" yang dihuni sebagian orang yang sudah "gila dan setengah gila" (gila kekuasaan, KKN, pangkat, dan jabatan).
  • Kesederhanaan, kejujuran dan keteladanannya membuat apa yang dikatakannya menjadi lebih bernilai dan berbobot serta rasanya kebenarannya menjadi sangat nyata.
  • Prof. Dr. Jacob Elfinus Sahetapy, SH, MA, ini lahir di Saparua, Maluku, 6 Juni 1933.
  • Bicara soal moral dan sopan santun politik, ia mengutip Charles Krauthammer: “Alliance with hell is justified as long as it is temporary.”
  • Diuraikannya, pada zaman otokratisnya Soeharto, yang tampaknya semua serbateratur dan seolah-olah ada kedamaian, politisi dan birokrat sesungguhnya hanyalah pion-pion belaka, yang dikendalikan melalui ancaman terselubung.
  • Dengan perkataan lain, politisi seperti memiliki moral dan fatsoen politik. Semua yang dikerjakan Soeharto disambut dengan gembira dan sukacita, seperti tidak ada reserve terhadap setiap sabda pemimpin yang selalu tersenyum itu.

ESFJ - Extraverted Sensing Feeling Judging

SIFAT-SIFAT INDIVIDU PERSONALITI ESFJ

  • Suka mendekati orang lain
  • Akan menggunakan segala deria dan sifat ingin tahu dalam kehidupan
  • Amat memahami kehendak dan apa yang diinginkan oleh orng lain
  • Keinginan ESFJ yang ingin disenangi oleh orang di sekeliling akan membuatkan mereka berusaha bersungguh – sungguh memahami orang lain
  • Bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi dan boleh diharap
  • Mengambilkira hal – hal yang remeh dalam urusan kehidupan
  • ESFJ amat bagus dalam memastikan semua urusan berjalan dengan lancer mengikut perancangan
  • Sentiasa bersedia dan bertanya
  • Mudah terluka dengan sifat tak peduli dan tidak bertimbang rasa
  • Merasa gembira bila melihat orang di sekeliling gembira
  • Suka mengungkit
  • Sangat sensitive
  • Penyayang (sukar menerima kebenaran mengenai orang yang disenangi)
  • Akan berubah personality mengikut orang yang berada di sekililing mereka
  • Suka mengekspresikan diri dan tidak malu untuk memberikan pendapat
  • Dibesarkan dalam persekitaran yang tiada cacat celanya
  • Akan bersetuju dengan apa – apa permintaan tanpa berfikir dua kali
  • Bersikap ikhlas dan terbuka
  • Kadangkala golongan inin boleh jadi merbahaya
  • Suka memanipulasikan keadaan dan tidak mengikut gerak hati
  • Suka mengawal keadaan
  • Sukakan persekitaran sekeliling yang teratur
  • Tidak suka terlibat dalam analisis yang tidak bersifat peribadi, abstrak dan konsep berteori
  • Lelaki ESFJ sangat maskulin
  • Perempuan ESFJ sangat feminin


KERJAYA BAGI INDIVIDU PERSONALITI ESFJ

Dua keutamaan yang akan menolong golongan ini dalam memilih kerjaya yang terbaik untuk mereka adalah:
• Hidup mereka tersusun dan golongan ini suka mengarah orang lain
• Kepuasan sendiri tertumpu kepada memberi dan menolong orang lain

Golongan ini akan melakukan sesuatu kerja dengan baik jika kerja itu melibatkan golongan ini untuk mereka sesuatu ataupun dalam memberi arahan dan stuktur. Golongan ini juga akan merasa gembira jika mereka dapat memberi dan menolong orang lain.



Kerjaya yang sesuai:

• Jururawat
• Tenaga pengajar
• Pengasuh
• Pentadbir
• Pegawai agama
• Pegawai
• Kaunselor
• Akautan
• Pembantu tadbir



PERHUBUNGAN ESFJ
  • Dia akan merasa bahagia jika orang di sekeliling mereka gembira
  • Tidak pandai dalam menguruskan konflik
  • Suka mengawal dan manipulative
  • Meletakkan sepenuh usaha dalam mengekalkan hubungan interpersonal


KEKUATAN ESFJ DALAM PERHUBUNGAN

· Meletakkan sepenuh usaha dalam melaksanakan tanggungjawab mereka
· Menginginkan perhubungan jangka panjang
· Suka membantu orang lain
· Melaksanakan tanggungjawab mereka dengan serius
· Bertanggungjawab dan praktikal
· Bagus dalam kewangan
· Generally upbeat and popular. People are dream towards them
· Traditionally minded



KELEMAHAN ESFJ DALAM PERHUBUNGAN

· Tidak sukakan perubahan
· Tidak suka konflik
· Suka menyalahkan diri sendiri bila terdapat masalah dalam perhubungan mereka
· Sukar menerima sesuatu yang negative mengenai orang di sekeliling
· Tidak member perhatian dalam keperluan sendiri
· Akan menggunakan manipulative untuk mendapatkan sesuatu yang di inginkan

ESFJ SEBAGAI KEKASIH

  • Seorang yang mesra dan penyayang. Memberi perhatian yang lebih terhadap pasangan mereka.
  • Seorang yang mementingkan adat dan mengambil serius terhadap sesuatu perhubungan.
  • Mahu setiap usaha yang di lakukan dihargai oleh pasangan mereka
  • mempunyai kecenderungan untuk menjadi seorang yang sosial
  • pandai dalam menguruskan hal rumahtangga

ESFJ SEBAGAI KELUARGA

  • seorang yang komited dan penyayang terhadap anak-anak mereka
  • seorang yang mementingkan keselesaan dan kebahagiaan keluarga
  • kecenderungan untuk mengawal anak-anak dengan ketat

ESFJ SEBAGAI KAWAN

  • Seorang yang mementingkan persahabatan dan setia
  • Masalah – masalah yang mungkin timbul dalam hubungan persahabatan

1. mereka menjangka sesuatu sebagai balasan
2. mereka sukar untuk menerima keburukan tentang orang di sekeliling mereka

  • Seorang yang baik, teratur dan menarik

Thursday, March 5, 2009

Tokoh INTJ: Albert Einstein


Albert Eistern (14 March 1879 – 18 April 1955)


Ahli fizik teori dalam bidang:
  1. special
  2. relativity
  3. photoelectric
  4. effect
  5. Brownian
  6. motion
  7. Mass-energy
  8. equivalence
  9. Eistern field

Anugerah:
  1. Nobel Prize in Physics (1921)
  2. Copley Medal (1925)
  3. Max Planck Medal (1929)



INTJ: Introverted iNtuitive Thinking Judging

(Berfikir dan membuat penilaian berdasarkan sifat introvert serta mengikut gerak hati)

Berdikari, berasal , beranalisis, dan penuh azam. Berkeupayaan untuk menunaikan teori kepada rancangan dan mengambil tindakan yang sebenar. Mempunyai nilai yang tinggi ke atas pengetahuan , persiangan dan struktur. Pacuan untuk memberi makna berasaskan visi mereka. Seorang ynag mempunyai jangka panjang. Mempunyai permintaan yang tinggi ke atas hasil kerja sendiri dan juga orang lain. Biasanya memainkan peranan sebagai ketua,tetapi sudi mengikuti arahan jika mempunyai kepercayaan kepada ketua yang sedia ada.


Ahli Sains

  • Sebagai seorang yang mengamalkan personaliti INTJ, mod hidupan utama mereka focus pada kedalam diri. Mereka cenderung untuk mengambil tindakan berasaskan gerak hati. Mod yang kedua adalah luaran, dimana mereka akan menguruskan sesuatu dengan rational dan logic.
  • INTJ hidup dalam dunia yang dipenuhi dengan idea dan rancangan. Mereka mementingkan pengetahuan , kebijakan dan pertandingan, biasanya akan mempunyai pencapaian yang tinggi. Tetapi, mereka juga akan mengharapkan supaya orang lain akan mencapai tahan yang sama dengan mereka.
  • Sifat introver dan gerak hati yang mendominasi personality mereka menyebabkan mereka suka focus perhatian kepada dunia, membina idea dan kemungkinan.Meraka dapat faham kepada idea baru dengan cepat. Walaubagaimanapun, yang paling menarik perhatian mereka bukan kefahamam sesuatu konsep tetapi macamana mengaplikasi konsep tersebut. Tidak sama dengan INTP, mereka tidak suka megikuti konsep seratus peratus, mereka hanya ingin fahamkan konsep tersebut. Meraka suka membuat kesimpulan bekaitan dengan idea tersebut.
  • Semangat wawasan mereka menyebabkan mereka menjadi ahli sains yang bagus. Seorang ahli sains INTJ menyumbangkan diri kepada masyarakat melalui mengeluarkan idea dan mengaplikasikannya kepada satu bentuk yang bermanfaat.
  • Ia adalah susah bagi INTJ untuk mengeluarakn imej kedalaman mereka. Bentuk permikiran kedalam dan konsep INTJ disembunyikan degan baik dan susah difahami oleh orang lain. Walaubgaimanapun, INTJ akan mengambil tindakan yang dapat menjelaskan idea mereka. INTJ akan menjelaskan idea mereka kepada orang yang dirasai menerima idea mereka.
  • INTJ memang dilahirkan sebagai seorang ketua, tetapi, biasanya mereka cenderung untuk membuat kerja belakang . Mereka akan menjadi ketua hanya jika mendapati bahawa tiada seseorang boleh menjadi ketua. Mereka adalah seorang ketua yang efektif, ia disebabkan oleh kebolehan untuk mengenal pasti situasi yang sebenar dan dapat membaiki sesuatu situasi dalam masa yang singkat. Mereka mengamalkan strategi supreme, iaitu dapat mengeluarkan banyak idea dan membuat penilaian atas idea yang digunakan pada masa tersebut serta berrancangan untuk membaiki.
  • INTJ menghabiskan kebanyakan masa dalam perfikiran minda sendiri. Mereka juka akan mempunyai sedikit penarikan ke atas fikiran orang lain. INTJ berminat dalam kefahama dan sistem yang rational. Oleh demikian , meraka boleh membuat penilaian dengan cepat. Mereka cenderung untuk memgatakan bahawa idea mereka dalah betul, Dalam kes yang didapati bahawa idea mereka adalah salah, mereka cenderung untuk menyalahkan pihak ketiga.
  • Orang ramai akan anggap INTJ orang yang luar biasa dan susah untuk menerok dunia mereka.Sebenarnya, INTJ bukan jenis orang yang hanya tumpuh perhatian kepada diri mereke. Manakala mereka juga suka beri sokongan kepada orang yang memerlukan sonkongan. Dalam dunia INTJ, tiada sesuatu yang akan kekal selamanya, ia disebabkan oleh orang INTJ suka menerok strategi baru secara berterusan.
  • Orang INTJ sedia meneri sesuatu yang baru.
  • Dalam tekanan yang kuat, orang INTJ akan mempunyai perbuatan yang luar biasa. Seperti minum arak dengan berlebihan.
  • Orang INTJ haruslah cuba untuk memdedahkan kendirian kepada tahap yang sesuai supaya menggelakkan salah faham antara orang disekeliling.
  • Orang INTJ dapat menghadapi cabaran dengan baik dan biasanya boleh mempunyai pencapaian yang tinggi.


Ciri-ciri INTJ

*Berupaya untuk menerima dan faham teori yang komplex.
*Berupaya untuk membina turutan dan struktur daripada teori.
*Berupaya membina strategi yang baik.
*Cenderung untuk membuat pertimbangan jangka panjang.
*Suka orang lain mengikut cadangannya.
*Pengetahuan adalah penting kepada mereka.
*Cuba dengan sedaya upaya untuk mendapat hasil kerja yang terbaik.
*Orang ramai akan cuba elak daripada menjalinkan hubungan erat dengan mereka.
*Bertenang dan analitik apabila menghadapi masalah.
*Terlalu logic dan rational.
*Berasas dan berdikari.
*Dilahirkan sebagai ketua, tetapi sudi megikuti ketua yang lebih kuat.
*Kreatif
*Hasil kerja adalah lebih baik jika berkerja berseorangan, suka untuk berkarja berseorangan.



Pekerjaan yang sesuai

• Paka Sains
• Jurutera
• Pensyarah dan Cikgu
• Doktor/ Dokto gigi
• Ahli Stratagi syarikat
• Admin perniagaan / pengurus
• Hakim
• Peguam / wakil
• Pengatur cara Komouter dan Paka computer.

_____________________________________________________________________________________

Hubungan INTJ
_____________________________________________________________________________________

INTJ percaya kepada perkembangan yang tetap dalam menjalinkan hubungan. Mereka mementingkan berdikari diri sendiri dan juga pasangan. Meraka sentiasa mencari jalan supaya qualiti hidup dna juga hubungan dengan pasangan dapat ditingkatkan. INTJ adalah tidak sensitive kepada keperluan emosi pasangan dan anak-anak mereka, Walaubagaimanapun, INTJ sentiasa cuba untuk memainkan peranan diri dengan sebaik mungkin. Mereka suka mengadakan interasi yang sihat dan baik dengan keluarga dan kawan.

_____________________________________________________________________________________

Kekuatan INTJ
_____________________________________________________________________________________
• Tidak takut akan konflik dan kritikan.
• Keyakinan diri yang kuat.
• Tidak bermain-main dalam menjalinkan hubungan.
• Cermat dan berkeupayaan.
• Berupaya untuk meninggalkan sesuatu hubungan yang patut ditinggalkan.
• Berminat untuk menjalin hubungan sebaik mungkin.
• Pendengar yang baik.

_____________________________________________________________________________________

Kelemahan INTJ
_____________________________________________________________________________________
  • Tidak sensitif dengan perasaan orang lain.
  • Cenderung untuk memyelesai konflik dengan logik kurang memberi perhatian kepada emosi.
  • Tidak pandai untuk mengeluarkan perasaan.
  • Cenderung untuk anggap bahawa mereka adalah sentiasa betul.
  • Cenderung untuk menolak tanggungjawap ke atas sesuatu.
  • Permintaan yang berterusan untuk menjadi sempuna membebankan kekasih.
  • Cenderung untuk tidak mendedahkan diri dengan sepenuhnya.

_____________________________________________________________________________________

INTJ sebagai kekasih
_____________________________________________________________________________________
  • INTJ yang kurang sensitive akan menyingkungkan hati kekasih, INTJ haruslah sentiasa ingat bahawa bagi giliran kepada kakasih untuk menjadi orang yang membuat betul. INTJ juga haruslah ingat bahawa memberi sokongan kapada keperluan emosi kekasih.
  • Dalam hubungan sex, INTJ suka fikir untuk mencari jalan supaya hubungan sex itu menjadi lebih memuaskan. Mereka suka menjalin hubungan melalui toeritikal dan kreaktif . Mereka tidak suka untuk menggunaka peluang untuk mengeluarkan perasaan dan kasih sayang mereka.
  • INTJ sanggup untuk meninggalkan hubungna jika perasaan itu telah lepas dan meneruskan kehidupan mereka dengan baik.
  • Dalam menjalinkna hubungan , perangkap yang paling besar bagi INTJ adalah mereka cenderung untuk berfikir sesuatu , tetapi tidak mengambil tindakan. INTJ suka akan hubungan yang positif dan sihat. Mereka akan meninggalkan hubungan yang tidak sesuai untuk diri mereka.
_____________________________________________________________________________________
INTJ sebagai ibu bapa
_____________________________________________________________________________________
  • Sebagai ibu bapa, INTJ ingin membesarkan anak mereka supaya menjadi seorang yang cerdik pandai dan berdikari. Mereka harap anak mereka berupaya untuk membuat rancangan diri dan membuat keputusan sendiri.
  • INTJ bukan jenis ibu bapa yang keterlaluan dalam memberi sokongan. Sedangkan keperluan diri mereka ke atas pengeluaran kasih saying adalah rendah, INTJ akan menhadapi masalah apabila anak mereka suka akan pertunjukan perasaan secara terus terang. Dalam situasi ini, jarak akan terbentuk antara INTJ dengan anaknya.

_____________________________________________________________________________________

INTJ sebagai kawan
_____________________________________________________________________________________
  • Biasanya, INTJ adalah susah untuk dikenali dan susah untuk menjalin hubungan yang erat. Bagi orang yang erat dengan INTJ, mereka akan menghargi idea dan pengetahuan INTJ. Walaupun INTJ adalah orang yang tidak suka main, tetapi jika dipaksa oleh kawan untuk menyertai dalam, maka mereka akan menyeronokan diri.
  • INTJ tidak suka untuk bersama dengan orang yang tidak menyerupai personality mereka. INTJ cenderung untuk berkawan dengan orang yang mempuyai mempunyai personaliti yang sama dengan mereka.
  • Sesetengah orang akan rasa susah untuk terima INTJ sebagai kawan disebabkan oleh INTJ sentiasa anggap bahawa mereka saja yang betul.

Wednesday, March 4, 2009

Tokoh ISFJ: Mother Teresa


  • Mother Teresa (August 26, 1910 - September 5, 1997)
  • Beliau menjaga orang yang miskin, sakit, yatim piatu dan mati sepanjang 45 tahun.
  • Mendapat hadiah Nobel Peace pada tahun 1979 dan India's highest civilian honour pada tahun 1980.
  • Dermaan pengembangan agama Mother Teresa berterusan mengembang selepas kematiannya sehingga beroperasi sebanyak 610 tugas di 123 negara, termasuk hospital dan rumah kepada pesakit HIV atau AIDS, penyakit kusta, penyakit batuk kering, anak yatim dan sekolah-sekolah.

ISFJ- Introverted Sensing Feeling Judging

Diam, baik hati dan berhati-hati. Boleh bergantung padanya untuk mengikutinya. Biasanya lebih mementingkan keperluan orang lain daripada keperluan diri. Stabil dan praktik, mereka mementingkan keselamatan dan adat. Mempunyai deria ruang dan fungsi yang baik. Pandai memerhati orang sekeliling. Persepsi yang luar biasa terhadap perasaan orang lain. Suka melayani orang lain.


Gambaran seseorang ISFJ : Pemelihara

Sebagai seorang ISFJ, cara hidup yang terutamanya adalah fokus kepada sifat dalaman dimana mereka menerima benda melalui lima deria dengan fesyen yang benar dan konkrit. Cara hidup mereka yang kedua pula fokus kepada sifat luaran dimana mereka menanggung perkara berdasarkan perasaan mereka dan sistem nilai diri sendiri.

ISFJ tinggal dalam dunia yang benar dan baik. Mereka mesra, baik dan sedia mempercayai kebaikan orang. Mereka mementingkan harmoni, kerjasama dan lebih sensitif terhadap perasaan orang lain. Bagi orang lain, mereka menghargai ISFJ atas pemikiran dan penyadaran mereka serta kebolehan mereka dalam menilai kebaikan orang lain.

ISFJ mempunyai dunia dalaman yang sangat kaya tapi biasanya tidak didapati oleh orang lain. Mereka selalu menyimpan maklumat terhadap orang dan situasi yang penting kepada mereka. Penyimpanan maklumat yang hebat ini biasanya sangat tepat disebabkan ISFJ mempunyai ingatan yang luar biasa terhadap benda yang penting kepada sistem nilai mereka.

ISFJ mempunyai idea yang sangat jelas tentang cara sesuatu hal yang perlu ada, dimana mereka berupaya untuk mencapainya. Mereka menghargai keamanan dan kebaikan serta mematuhi adat dan undang-undang. Mereka lebih mempercaya sistem yang telah wujud kerana sistem itu berfungsi. Maka, mereka kurang melakukan sesuatu dalam cara yang baru kecuali cara yang baru dapat menyakinkan mereka bahawa ianya lebih baik.

ISFJ mempelajari sesuatu dengan paling baik melalui kerja jika berbanding dengan membaca atau menggunakan teori. Ini menyebabkan mereka kurang didapati dalam bidang yang memerlukan banyak analisis tentang konsep atau teori. Mereka lebih menghargai applikasi teorikal.

ISFJ mempunyai deria ruang, fungsi dan ilmu keindahan yang sangat baik. Maka, mereka suka memperoleh alat rumah yang cantik. Mereka merupakan pakar pereka rumah dalaman. Keupayaan ini berserta dengan kepekaan mereka terhadap perasaan dan keinginan orang lain membolehkan mereka menjadi pemberi hadiah yang sangat baik.

ISFJ adalah sangat sedar tentang perasaan dalaman diri sendiri dan perasaan orang lain. Biasanya mereka tidak meluahkan perasaan diri. Selain itu, mereka juga merahsiakan perasaan orang lain sehingga mereka merasakan individu tersebut memang memerlukan bantuan.

ISFJ adalah seseorang yang sangat bertanggungjawab. Mereka mengambil berat tanggungjawab mereka. Maka, kebanyakan orang suka bergantung kepadanya. ISFJ jarang menolak permintaan orang lain dan ini secara langsungnya menyebabkan mereka memikul bebanan yang terlampau. Dalam kes-kes tersebut, mereka biasanya tidak meluahkan kesusahan mereka kepada orang lain kerana mereka tidak suka konflik dan mereka bercenderung meletakkan keperluan orang lain melebihi keperluan diri.

ISFJ memerlukan maklum balas yang positif daripada orang lain. Tanpa maklum balas yang positif ini, mereka akan berasa tawar hati atau muram.

ISFJ adalah mesra, murah hati dan dapat dipercayai.



Pekerjaan bagi jenis keperibadian ISFJ:

(a) Sifat-sifat ISFJ:


  1. Stor dalaman yang mengutip maklumat orang lain yang besar dan kaya.
  2. Pemerhatian dan kesedaran perasaan dan tindak balas orang lain yang tinggi.
  3. Ingatan tentang maklumat yang penting kepada mereka adalah sangat kuat.
  4. Deria ruang dan fungsi yang hebat.
  5. Boleh dipercayai.
  6. Boleh bekerja banyak.
  7. Stabil, praktikal dan tidak suka bekerja dengan teori dan fikiran abstrak.
  8. Tidak suka bekerja dengan perkara yang tidak bermakna bagi mereka.
  9. Menilai keselamatan, adat dan kehidupan aman.
  10. Fokus kepada keperluan orang lain.
  11. Baik dan bertimbang rasa.
  12. Suka meletak keperluan orang lain melebihi keperluan diri.
  13. Suka mencipta sturuktur dan pesanan.
  14. Memikul tanggungjawab dengan serius.
  15. Sangat tidak senang hati dengan konflik dan konfrontasi.


(b) Pekerjaan yang sesuai bagi ISFJ:

  • Penghiasan dalaman
  • Perekaan
  • Jururawat
  • Pentadbir dan pengurus
  • Pembantu pentadbiran
  • Penjaga kanak-kanak
  • Pekerja sosial/ kaunselor
  • Pendeta/ pekerja beragama
  • Pekedai
  • Pemegang buku kira-kira
  • Pakar ekonomi rumah


Hubungan ISFJ

ISFJ amat mengambil berat tentang perhubungan diri sendiri. Secara umumnya, mereka adalah orang yang sedia memberi dan penuh dengan kasih sayang. Di samping itu, mereka lebih mengutamakan keperluan orang lain berbanding dengan keperluan diri. Mereka mengambil berat penglibatan mereka dan mengharapkan hubungan yang kekal.

(a) Kebaikan ISFJ

  • Mesra dan suka berkawan.
  • Orientasi berkhidmat, mahu menggembirakan orang lain.
  • Pendengar yang baik.
  • Sedia meletak usaha yang banyak dalam melaksanakan tugas dan kewajipan.
  • Keupayaan berorganisasi yang baik.
  • Pandai menjaga perkara praktikal dan keperluan harian.
  • Pandai mengurus kewangan.
  • Mengambil berat penglibatan secara serius dan mengharapkan hubungan kekal.


(b) Keburukan ISFJ

  • Tidak mengambil berat keperluan diri.
  • Kemungkinan mempunyai kesulitan untuk menukar ke bidang yang baru.
  • Terlalu benci kepada konflik dan kritikan.
  • Tidak suka menyatakan keperluan mereka.
  • Susah untuk meninggalkan suatu perhubungan yang tidak baik.
  • Susah untuk memulakan perhubungan yang baru selepas perhubungan yang tamat.


ISFJ sebagai kekasih
"To love means to open ourselves to the negative as well as the positive - to grief, sorrow, and disappointment as well as to joy, fulfillment, and an intensity of consciousness we did not know was possible before." -- Rollo May

ISFJ adalah setia kepada perhubungan mereka. Mereka mempunyai perasaan yang sangat dalam dan ini tidak diketahui oleh orang lain disebabkan mereka mencenderungkan menyimpan perkara dalam hati tanpa mengeluarkannya, melainkan mereka mempunyai sebab yang kuat untuk melakukannya. Maka, hubungan mereka yang mesra ini merupakan perkara yang paling utama dalam kehidupan mereka. Mereka adalah setia terhadap pasangan mereka.

ISFJ susah untuk meninggalkan suatu perhubungan yang tidak baik bagi mereka atau mengakui sesuatu perhubungan telah tamat. Mereka mencenderungkan untuk menyalahkan diri dan berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan perhubungan. Mereka adalah kekasih yang sangat setia kepada pasangan mereka biarpun pasangan yang telah meninggal dunia.

ISFJ kurang mementingkan diri sendiri. Mereka sering mengambil berat keperluan orang lain terlebih dahulu. Mereka berasa puas hati apabila orang lain menunjukkan penghargaan terhadap apa yang dilakukan olehnya. Sebagai balasan, hadiah yang paling baik bagi ISFJ merupakan pengucapan cinta dan penghargaan pasangan ISFJ.

ISFJ memperlihatkan perhubungan seks sebagai cara untuk menguatkan perhubungan yang sedia ada. Mereka menganggap perhubungan seks sebagai tugas untuk memenuhi pasangannya.

ISFJ mempunyai masalah dalam menghadapi situsasi konflik dan mereka lebih rela melarikan diri daripadanya. Maka, selepas suatu batas, mereka akan meletuskan kemarahan mereka dan menyampaikan sesuatu yang mereka akan menyesal dan berasa tidak patut diucapkan.

Secara umumnya, ISFJ merupakan seseorang individu yang menurut adat dan mementingkan keluarga. Mereka akan meletakkan keluarga di tempat pertama dalam kehidupan mereka. Mereka sedia menyediakan keperluan asas yang diperlukan dan ambil berat yang luar biasa. Mereka merupakan kekasih yang boleh dipercayai dan penuh dengan kasih sayang.



ISFJ sebagai ibu bapa:
"You are the bows from which your children as living arrows are sent forth...
Let your bending in the archer's hand be for gladness;
For even as He loves the arrow that flies,
so He loves also the bow that is stable." -- Kahlil Gibran

Kehidupan sebagai ibu bapa merupakan perkara semula jadi bagi ISFJ. Mereka bertanggungjawab dalam memastikan keperluan asas anak mereka dicapai dan berusaha mengajar peraturan dan adat kepada anak mereka supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab dan berdikari.

ISFJ mempunyai kesulitan untuk menjalankan hukuman ke atas anak-anak mereka. Ini disebabkan mereka berasa mempengaruhi anak-anak dengan nilai-nilai adalah lebih berkesan. Maka, mereka lebih suka menetapkan sempadan dan peranan kepada anak-anak untuk mendidik mereka.

ISFJ bermasalah apabila anak-anak menjadi dewasa yang bermasalah. Mereka mencenderungkan mempercayai sebab-sebab anak mereka menjadi bermasalah adalah tanggungjawab mereka bahawa mereka tidak cukup mendidik anak-anak.

Secara umumnya, ISFJ merupakan ibu bapa yang sempurna. Anak-anak mereka tidak akan kekurangan struktur, bimbingan yang sesuai atau kasih sayang yang mencukupi.



ISFJ sebagai kawan

Walaupun ISFJ meletakkan Tuhan dan keluarga mereka pada tempat yang pertama, mereka masih menyukai membelanjakan masa bersama dengan kawan-kawan atau rakan sekerja. Sebenarnya, ISFJ memerlukan kawan untuk memberi pendapat dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Sesentengah ISFJ lebih gemar membincangkan masalah dengan kawan daripada ahli keluarga.

Kawan-kawan ISFJ akan menghargai kemesraan mereka, keboleh dipercayai oleh mereka, pemahaman mereka dan kesedaran emosi mereka yang kuat itu.

Tokoh ENFJ: Florence Nightingale

Florence Nightingale (12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910)


  • dikenali sebagai "Wanita Dengan Pelita"
  • merupakan perintis kepada kejururawatan

latar belakang keluarga
Dilahirkan dalam keluarga berada British di Florence, Itali dan membesar sebagai wanita yang menawan dan periang, yang mempunyai masa depan yang cerah.


kerjaya kejururawatan
Memasuki bidang kejururawatan pada 1845.

Keputusan ini menimbulkan kemarahan dan kesedihan keluarganya. Ini kerana pada masa itu, jururawat tidak mempunyai reputasi yang baik (kebanyakan jururawat adalah wanita miskin), dan wanita British dari keturunan berada sepertinya, dijangka menjadi isteri yang patuh.


sumbangan
Sumbangan Florence Nightingale yang paling terkenal adalah semasa Perang Crimea. Hatinya tersentuh mendengar berita penderitaan tentera yang tercedera dan terbiar dalam hospital yang kotor.

Bersama-sama dengan 38 jururawat lain, Florence Nightingale pergi ke Scutari (kini di terletak Istanbul). Florence yang mempercayai teori penyakit Miasma menghidupkan kembali konsep penjagaan kebersihan hospital dan kaedah jagaan oleh jururawat. Dia memberi penekanan kepada pemerhatian teliti dan peka kepada keperluan pesakit.

Walau bagaimanapun, jumlah tentera yang meninggal di hospitalnya tidak menurun, sebaliknya meningkat. Kebanyakannya akibat jangkitan tifus, demam kepialu, penyakit Taun dan disenteri, dan bukan akibat cedera perang. Siasatan pada 1855 menyimpulkan kematian tersebut akibat kebersihan sekeliling (sanitasi) yang kurang baik. Florence Nightingale membantu pesakit-pesakit lebih selesa sebelum kematian mereka, tetapi gagal menyembuhkan mereka.

ENFJ : Extraverted Intuitive Feeling Judging

(Extraverted Feeling with Introverted Intuition)

Popular, sensitif dan mempunyai kemahiran memahami orang lain. Mempertimbangkan perasaan dan pemikiran orang lain. Tidak suka berkeseorangan. Berkecendungan melhat semua perkara di sudut pandangan manusia dan tidak suka manganalisi mengikut perasaan. Sangat cekap dalam menguruskan isu orang dan mengetuai perbincangan kumpulan dengan baik. Berminat dalam melayani orang lain dan meletakkan keperluan orang lain di tempat pertama



Pemberi

Ciri-ciri seseorang individu yang mempunyai personaliti ENFJ
  • Individu-fokus
  • Mempunyai kemahiran bersosial yang cemerlang
  • Memahami dan mengambil berat
  • Memberi kasih sayang dan sokongan
  • Fokus kepada pemahaman perasaan dan pemikiran
  • Mempunyai kebolehan mempengaruhi orang lain menurut kehendaknya. (Biasannya, tujuan mereka bersifat baik dan tidak mementingkan diri sendiri. Namunnya, terdapat sesetengah orang menggunakan kebolehan tersebut untuk memanipulasi orang lain.)
  • Elak daripada bersendirian: Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang melibatkan orang lain
  • Kecenderungan menafsir arah hidup mereka menurut keperluan orang lain. (Memberi keutamaan kepada keperluan orang lain. Akan tetapi, mereka perlu menyedari keperluan diri agar tidak mengorbankan keperluan diri dalam usaha membantu orang lain.)
  • Kurang membuat pendedahan diri berbanding jenis extravert yang lain. (Mempunyai garis panduan dalam mendedahkan diri kepada orang lain. Hanya akan mendedahkan maklumat diri yang tidak terlalu peribadi.)



Kerjaya bagi individu yang mempunyai personaliti ENFJ

Kebolehan memahami diri sendiri dan sifat-sifat personaliti adalah penting dalam menentukan samada anda berjaya ataupun gagal dalam kerjaya.


Sifat-sifat personaliti umum bagi ENFJ:

• Mesra dalam pergaulan
• Menghargai perasaan orang lain
• Mementingkan struktur dan susunan
• Menghargai suasana harmoni dan boleh membina suasana harmoni dengan baik
• Mempunyai kemahiran bersosial yang luar biasa
• Tidak suka analisis dan logic yang tidak dipengaruhi oleh perasaan
• Mempunyai kebolehan berorganisasi yang tinggi
• Jujur dan setia
• Kreatif dan imaginatif
• Menyukai kepelbagaian dan cabaran baru
• Mendapat kepuasan dengan membantu orang lain
• Terlalu sensitif terhadap kritikan dan perselisihan
• Memerlukan pemujian daripada orang lain


Kerjaya bagi ENFJ:
• Facilitator
• Pakar perunding
• Pakar psikologi
• Pekerja social/kaunselor
• Cikgu
• Pendeta/paderi
• Jurujual
• Bahagian sumber manusia
• Pengurus
• Ahli politik
• Penulis



Perhubungan bagi individu yang mempunyai personaliti ENFJ

Individu yang mempunyai personaliti ENFJ meletakkan banyak usaha dan semangat dalam hubungan mereka.


Kebaikan individu ENFJ dalam isu perhubungan:
• Kemahiran komunikasi lisan yang cemerlang
• Mempunyai kemahiran yang tinggi dalam memahami pemikiran dan maksud orang lain
• Motivasi
• Penyayang
• Menghiburkan-berjenaka, bergaya, dramatik, optimistic
• Mempunyai kemahiran dalam bidang kewangan
• Bersikap tabah dan mampu “meneruskan” hidup selepas kegagalan sesebuah percintaan
• Setia-hendakkan hubungan jangka panjang (seumur hidup)
• Berusaha untuk situasi “menang-menang”
• Berusaha untuk mencapai keperluan orang lain


Kelemahan individu ENFJ dalam isu perhubungan:

• Kecenderungan memberi perlindungan yang keterlaluan sehingga “merimaskan” orang lain
• Kecenderungan menjadi terlalu manipulative-suka mengawal semua perkara
• Tidak memberi perhatian penuh dalam keperluan sendiri
• Kadang-kadang, mereka tidak sedar tentang kesesuaian social/protokol
• Terlalu sensitif terhadap konflik
• Kecenderungan untuk menyalahkan diri sendiri apabila berlakunya kesalahan dan tidak akan memuji diri sendiri apabila terdapat kejayaan

A) ENFJ sebagai kekasih

•Seorang kekasih yang mesra dan serius dalam sesuatu hubungan percintaan.
•Menginginkan hubungan seumur hidup
•Mengambil berat terhadap hubungan percintaan. Mereka akan selalu menanya pendapat pasangan tentang kepuasan dan perasaan mereka .
•Melihat hubungan seks sebagai satu cara untuk menunjukkan rasa cinta dan sayang
•Suka menjadualkan hubungan keintiman dan lama-kelamaan ia akan menjadi tugasan harian
•Juga memerlukan kata-kata manis dan kasih sayang daripada kekasih mereka.walaupun mereka mengutamakan keperluan orang lain dan mudah mendapat kepuasan daripada kegembiraan orang lain, namum untuk menjadikan hubungan tersebut “lebih sihat”, keperluaan individu ENFJ haruslah diberi perhatian oleh pasangan mereka.
•Akan menyalahkan diri sendiri apabila hubungan percintaan tamat. Walau bagaimanapun, individu ENFJ bersikap tabah untuk meneruskan kehidupan mereka.
•Masalah dalam hubungan percintaan: individu ENFJ sangat benci konflik. Apabila menghadapi konflik, mereka akan melarikan diri dari masalah tersebut daripada menyelesaikan masalah. Mereka akan “menyerlah kalah” untuk menamatkan konflik.

Secara umumnya, individu ENFJ sangat berminat untuk terlibat dalam sesuatu hubungan percintaan. Mereka bersedia untuk bekerja keras untuk menjayakan sesuatu perhubungan.
Pasangan ideal: individu ENFJ dan INFP


B) ENFJ sebagai ibu bapa

• mengambil berat terhadap peranan mereka sebagai ibu bapa.
• Berusaha untuk menjadi ibu bapa yang baik
• Adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan anak-anak berkelakuan baik
• Mempunyai harapan yang tinggi terhadap anak-anak mereka
• Bersikap penyayang
• Bukan senang menjadi anak kepada individu ENFJ:
• Individu ENFJ memandang serius dalam perhubungan
• Akan selalu memerhatikan perkembangan hubungan tersebut yang mungkin akan merimaskan seseorang
• Bersikap tegas , manipulatif dan mengawal segala tingkah-laku anak-anaknya.
• Masalah akan timbul semasa anak-anak mencapai akil-baligh.
• Individu ENFJ dingatkan supaya memberi kebebasan yang sepatutunya kepada anak-anak agar perkembangan anak-anak adalah sihat.


C) ENFJ sebagai kawan

• Peramah, mempunyai kemahiran bersosial dan memahami perspektif dan perasaan orang lain
• Menyokong dan memberi benda-benda yang terbaik kepada kawan
• Suka berjenaka
• Berkawan dengan semua jenis orang. Namun begitu, individu ENFJ mengelakkan daripada berkawan dengan individu jenis “Sensing Perceiving” yang hanya memerlukan hubungan jangka pendek.
• Lebih berminat berkawan dengan “Intuitive Feelers” dan “Sensing Judgers”